Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suspek serangan pisau Solingen serah diri

    BERLIN, 25 OGOS – Seorang lelaki berusia 26 tahun menyerahkan diri kepada polis Jerman pada petang kelmarin, mendakwa bertanggungjawab atas serangan pisau maut pada hari Jumaat di bandar Solingen di barat Jerman, menurut laporan akhbar Bild.

    Serangan itu menyebabkan tiga orang maut dan beberapa lagi cedera parah. Kumpulan IS pula mengaku bertanggungjawab atas kejadian tikaman itu.

    Menurut Bild, suspek menghubungi polis sendiri dan mendakwa dirinya sedang diburu. Akhbar itu berkata suspek adalah warga Syria dan datang ke Jerman pada 2022.

    Dua lagi suspek telah ditahan polis sebelum ini pada Sabtu, termasuk seorang remaja berusia 15 tahun dan individu kedua berikutan operasi polis di rumah pelarian di Solingen. – Xinhua

    Orang ramai meletakkan bunga berhampiran tempat kejadian serangan pisau di Solingen, kelmarin selepas tiga orang terbunuh dan sekurang-kurangnya lapan orang cedera pada malam Jumaat pada perayaan itu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda