Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suspek sindiket ‘cuci duit’ larikan diri

    PUTRAJAYA, 15 OKT – Suspek utama sindiket ‘cuci duit’ atau pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan perniagaan melibatkan selebriti tanah air, melarikan diri daripada ditahan pihak polis dengan memanjat pagar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad lepas dengan dibantu dua pengawal peribadinya sebaik dilepaskan SPRM.

    Suspek dikatakan keluar daripada kenderaan jenis Toyota Vellfire yang dinaikinya selepas dilepaskan dengan jaminan dan diserahkan SPRM kepada peguamnya di antara pintu lobi Ibu Pejabat SPRM dan pintu pagar utama, sebelum melarikan diri melalui pagar di kawasan pintu belakang bangunan itu petang  Ahad lepas.

    Kira-kira setengah jam sebelum itu, suspek terbabit berusia dalam lingkungan 30an dan lapan lagi suspek dibawa pulang ke Ibu Pejabat SPRM di sini untuk proses dokumentasi jaminan selepas mereka dilepaskan daripada reman setelah menjalani siasatan pengubahan wang haram.

    Menurut sumber, suspek menaiki kenderaan yang disediakan bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu, dan ketika dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, suspek dipercayai telah keluar dari kenderaan tersebut untuk melarikan diri. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda