PHNOM PENH, 18 JULAI – Jumlah suspek yang ditahan berhubung tindakan keras Kemboja terhadap pusat penipuan dalam talian telah meningkat kepada 2,000, kata seorang menteri kerajaan kepada AFP hari ini.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PPB) menyifatkan Asia Tenggara sebagai pusat utama bagi jenayah siber, di mana pekerja biasanya menggunakan ‘love scam’ atau perniagaan untuk menipu pengguna web yang dianggarkan berjumlah AS$40 bilion setiap tahun.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, minggu ini mengarahkan penguatkuasaan undang-undang dan tentera supaya mengekang penggunaan dalam talian atau berdepan risiko kehilangan pekerjaan.
Menteri Penerangan, Neth Pheaktra, ahli jawatankuasa bagi memerangi penipuan dalam talian berkata kepada AFP, pihak berkuasa telah memperluaskan skop serbuan mereka kepada sembilan daripada 25 wilayah di negara itu.
“Setakat ini kira-kira 2,000 suspek telah ditahan,” katanya sambil menambah suspek termasuk warga China, Vietnam, Indonesia dan India.
Neth Preaktra berkata, kerajaan mahu menjadikan negara itu tiada tempat selamat untuk penipu dalam talian dan akan membongkar setiap rangkaian penipuan tidak kira di mana mereka bersembunyi.
Kira-kira 226 warga China adalah antara suspek yang ditahan, menurut laporan polis, yang mengatakan beberapa ketua kumpulan akan berdepan pendakwaan di Kemboja manakala kebanyakan yang lain akan dibuang kerja.
Kementerian Kehakiman juga berkata, ia telah menggantung seorang pendakwa raya sementara menunggu siasatan selepas dia membebaskan beberapa suspek jenayah siber. – AFP


