Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suspek tarik balik pengakuan curi kucing

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Seorang lelaki yang menghadapi tuduhan mencuri seekor kucing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

    Pengiran Rafiuddin bin Pengiran Mohammad, 31, pada mulanya mengaku bersalah atas tuduhan tersebut namun pengakuannya ditarik balik oleh Majistret Kanan Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar kepada tidak bersalah selepas mendengar tertuduh memberitahu mahkamah yang dia ‘terpaksa’ melakukan kesalahan itu kerana diugut oleh rakannya.

    Rakannya telah mengacukan gunting di bahagian tepi badannya, dakwa tertuduh.

    Tertuduh bersama rakannya yang masih bebas didakwa mencuri seekor kucing dari kawasan rumah di Perpindahan Kampung Lambak Kanan sekitar jam 2:47 pagi pada 10 Februari 2018.

    Majistret Kanan Pengiran Masni membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin $3,000 atau seorang penjamin tempatan dan menetapkan 1 Mac untuk sebutan seterusnya.

    Timbalan Pendakwa Raya, Kamilah binti Awang Mohamad terdahulu mengemukakan dakwaan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Penggal 22 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi daripada tiga tahun, denda atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda