Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suspek tembakan Las Vegas tinjau sasaran lain

    CHICAGO, 6 Okt – Suspek insiden tembakan di Las Vegas dilaporkan turut meninjau beberapa lokasi di Chicago dan Boston, sebelum kejadian Ahad lalu.

    Stephen Paddock dipercayai menempah dua bilik di Hotel Blackstone Chicago ketika berlangsungnya festival muzik Lollapalooza, Ogos lalu.

    “Bilik hotel itu berhadapan taman yang menjadi lokasi popular pelbagai acara,” kata laman web TMZ dan stesen TV NBC News.

    Selain itu, kaki judi berusia 64 tahun dan bekas akauntan itu turut meninjau beberapa hotel di sekitar stadium besbol di Taman Fenway di Boston.

    Bagaimanapun, NBC News yang memetik pegawai kanan pihak berkuasa berkata, tiada tanda menunjukkan Paddock mengunjungi bandar itu.

    NBC News berkata, penemuan itu adalah hasil pemeriksaan terhadap peralatan elektronik dan komunikasi Paddock.

    Festival Lollapalooza di Grant Park, Chicago itu dihadiri ribuan pengunjung, termasuk anak bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Malia.

    Bagaimanapun, media melaporkan, Paddock tidak pernah muncul di Chicago pada tarikh festival berlangsung pada 2 hingga 5 Ogos lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda