SIBU, 18 DIS – Polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing yang merupakan suspek utama kes bunuh seorang pekerja ladang kelapa sawit di daerah Mukah, petang semalam. Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata suspek yang berumur lingkungan 30an itu ditahan kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian pada pukul 4:15 petang, tiga hari

