Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suspek utama Ops Jackal didakwa

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Suspek utama sindiket dadah dalam operasi Biro Kawalan Narkotik dinamakan Jackal telah didakwa di Mahkamah Majistret, baru-baru ini.

    Tiada pengakuan diambil daripada Mohammad Mahadi bin Haji Suhaili, 46, atas pertuduhan membabitkan pengedaran dadah.

    Pertuduhan mendakwa defendan bersubahat dengan hasutan orang lain.

    Ia seterusnya menyatakan bahawa defendan menyerahkan 426.34 gram kristal methamphetamine kepada Syahman bin Haji Mohd Salleh, 39, dan mengarahkannya menyimpan dadah itu, bagi tujuan pengedaran pada 8 Februari.

    Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman turut menolak permohonan ikat jamin defendan selepas mendengar alasan bantahan daripada Pendakwa Siti Khalillah Hussin.

    Mahkamah menangguhkan kes untuk disebut semula dalam masa dua minggu sementara menunggu analisis dadah oleh Jabatan Perkhidmatan Saintifik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda