UNTUK mulakan hari anda, biasanya setiap orang memiliki pilihannya sendiri. Susu dan jus oren adalah dua minuman yang sering dijadikan teman sarapan.
Menurut sumber daripada majalah Women’s Health, kedua minuman ini sudah tentu ada pro dan kontranya masing-masing. Berikut adalah kelebihan dan kekurangan susu dan jus oren:
Jus oren
Pro: Setiap satu gelas jus oren hanya mengandungi 110 kalori. Ia juga akan menyerap keperluan vitamin C harian yang diperlukan oleh tubuh.
Jus oren mengandung antioksidan kuat yang boleh melindu-ngi kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari dan pencemaran.
Kontra: Minum jus oren terlalu banyak boleh merosakkan enamel gigi. Jus oren mengikis enamel gigi sehingga 84 peratus, setelah diminum selama setiap hari selama lima hari.


Susu
Pro: Segelas susu boleh memberi 20 peratus protein yang diperlukan tubuh dalam satu hari, dan satu per tiga keperluan kalsium harian.
Mereka yang minum susu di pagi hari cenderung makan tengahari lebih sedikit, kerana rasa kenyang yang disebabkan oleh protein.
Kontra: Kecuali anda minum susu yang benar-benar tanpa lemak, susu boleh mengandungi lemak. Lemak ini manjadikan risiko penyakit kardiovaskular dan menyumbang pada penyakit obesiti, seperti diabetes.
Jadi mana pilihan anda? Atau anda mahu meminum kedua-duanya sekali dalam setiap pagi? – Agensi