Thursday, December 5, 2024
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    Susunan terpanjang kenderaan @50WP catat MBOR

    PUTRAJAYA, 4 FEB – Jabatan Wilayah Persekutuan hari ini mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi Program Susunan Terpanjang Kenderaan @50WP dengan penglibatan 644 kenderaan disusun sepanjang 3.35 kilometer.

    Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadlun Mak Ujud berkata acara itu diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan membabitkan kenderaan persendirian, kenderaan persatuan, kenderaan milik kerajaan dan swasta termasuk motosikal, sedan, supercar dan motorhome.

    “Kenderaan yang terlibat mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan sebagai melahirkan rasa bangga, di samping mengekspresikan rasa cinta dan sayang terhadap Wilayah Persekutuan,” katanya ketika ditemui pada Hari Terbuka Putrajaya di sini hari ini, yang dianjurkan empat hari bermula 1 Februari lepas.

    Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa menerima sijil pengiktirafan MBOR berkenaan daripada pegawai MBOR Siti Hajar Johor.

    Sementara itu, Fadlun berkata kehadiran pengunjung ke Hari Terbuka Putrajaya mencapai 200,000 individu melebihi sasaran awal seramai 50,000.

    “Sambutan yang sangat menggalakkan terutama bagi mereka yang ingin mencuba Transit Aliran Automasi (ART) yang kita perkenalkan di Wilayah Persekutuan (Putrajaya) ini,” katanya. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda