SEKIRANYA anda menganggap sut perniagaan dan budaya meluncur saling sama eksklusif, anda mungkin tidak pernah melihat pakaian wetsuit terbaru Thom Browne. Gambar-gambar busana anggun buatan-tangan berharga AS$3,900 ini telah berlegar di dalam talian sejak ianya dilancarkan sebagai sebahagian daripada koleksi musim bunga/musim panas pereka, yang mana direka seperti sut perniagaan.
Secara luarannya ia dikenali sebagai ‘Trompe L’Oeil’ (Ilusi Optik), pakaian wetsuit neoprene ini mempamerkan semua elemen-elemen sut perniagaan klasik, termasuklah seluar, jaket, kolar atas, lapel dan juga tali leher.
Anda tidak pernah tahu bila anda perlu mencari pakaian yang terbaik bagi satu mesyuarat perniagaan, sambil berehat meluncur seketika, maka itu sepertinya tidak menjadi masalah lagi. Apa yang anda perlu lakukan ialah membelanjakan AS$3,900 pada wetsuit yang elegan dan anda kini bersedia untuk pergi.
Trompe L’Oeil baru-baru ini diperlihatkan sebagai sebahagian daripada rekaan pereka fesyen Thom Browne’s bagi pakaian musim bunga/musim panasnya.
Namun sementara ramai yang menyangka bahawa ia adalah satu ciptaan yang ringkas dan unik serta mudah untuk dipakai oleh beberapa model lelaki di landasan fesyen, dan tidak pernah dilihat lagi, ini telah berubah menjadi item busana anggun yang boleh didapati secara komersial. Malah, ternyata Browne telah mencurahkan banyak idea dan usaha di dalamnya, bersama dengan pencipta pakaian wetsuit yang luar biasa, Shane Jones.


Jones yang berpangkalan di Orange County menggunakan kereta Chevy 1968nya dan mula mengusahakan pakaian itu di unit simpanan 10’x30’, ketika Thom Browne mendatanginya mengenai projek itu. Dia dilaporkan menawarkan kepadanya harga lima angka untuk sampel sampingan dari sampel sut perniagaan seperti wetsuit, dan selepas berjaya mempamerkannya di kawasan taman itu pada percubaan pertamanya, dia menawarkan perjanjian untuk keseluruhan barisan pakaian itu.
Saya tidak tahu berapa ramai orang yang sebenarnya akan membeli dengan harga AS$3,900 bagi satu wetsuit yang sebenarnya kelihatan seperti sut perniagaan, namun hasil rekaan itu sememangnya telah mendapat banyak perhatian di dalam talian.
Nah, jika anda memerlukan sesuatu seperti ini, sekarang anda tahu dimana anda boleh membelinya.
Menariknya, ini bukan sut wetsuit perniagaan pertama di dunia. Beberapa tahun yang lalu, Quicksilver Jepun mempunyai versi mereka yang tersendiri, dan ia sebenarnya kelihatan lebih realistik.