YANGON, 1 MAC – Pemimpin awam Myanmar yang digulingkan, Aung San SuuKyi dihadapkan ke mahkamah menerusi pautan video, yang turut dilihat oleh peguamnya untuk kali pertama sejak rampasan kuasa tentera berlaku.
Suu Kyi muncul tatkala penunjuk perasaan terus mengadakan demonstrasi di seluruh negara untuk menentang peningkatan kekerasan oleh junta dan kemuncaknya mengakibatkan 18 maut akibat terkena peluru hidup, semalam.
Peguam, Khin Maung Zaw, berkata Suu Kyi, 75, kelihatan sihat ketika hadir di mahkamah, hari ini. Suu Kyi ditahan di Naypyidaw, sebelum subuh pada hari rampasan kuasa dan sejak itu belum muncul di khalayak ramai.
Jeneral mendakwa Suu Kyi dengan dua tuduhan yang dianggap oleh masyarakat antarabangsa sebagai tidak sepatutnya.
Ratusan ribu orang turun ke jalanan sejak sebulan lalu untuk menentang rampasan kuasa. Walau bagaimanapun, tentera terus meningkatkan kekuatan dengan menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan lain-lain untuk meredakan tunjuk perasaan. – AFP