YANGON, 15 OGOS – Mahkamah junta Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi kerana rasuah, menurut sumber rapat dengan kes tersebut.
“Suu Kyi telah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun di bawah empat pertuduhan antirasuah,” kata sumber itu yang enggan mendedahkan namanya kerana tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan media.
Suu Kyi berada dalam tahanan tentera sejak rampasan kuasa yang menggulingkan kerajaannya pada Februari lalu, mengheret negara itu ke dalam kancah pergolakan.
Sumber itu memberitahu, Suu Kyi kelihatan sihat namun tidak membuat sebarang kenyataan berhubung hukuman terbaharunya.
Pemenang Hadiah Nobel berusia 77 tahun itu sebelum ini sudah pun dihukum penjara 11 tahun kerana rasuah, menghasut, melanggar peraturan COVID dan melanggar undang-undang telekomunikasi.
Beliau masih menghadapi pelbagai tuduhan jenayah lain, termasuk melanggar akta rasmi rasuah dan penipuan pilihan raya, serta boleh dipenjarakan selama beberapa dekad jika sabit kesalahan atas semua tuduhan.
Wartawan dihalang daripada menghadiri perbicaraan mahkamah dan peguam juga Suu Kyi dilarang bercakap dengan pihak media. – AFP
