Friday, September 30, 2022
25.5 C
Brunei

Suu Kyi dipenjara 6 tahun lagi

-

YANGON, 15 OGOS – Mahkamah junta Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi kerana rasuah, menurut sumber rapat dengan kes tersebut.

“Suu Kyi telah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun di bawah empat pertuduhan antirasuah,” kata sumber itu yang enggan mendedahkan namanya kerana tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan media.

Suu Kyi berada dalam tahanan tentera sejak rampasan kuasa yang menggulingkan kerajaannya pada Februari lalu, mengheret negara itu ke dalam kancah pergolakan.

Sumber itu memberitahu, Suu Kyi kelihatan sihat namun tidak membuat sebarang kenyataan berhubung hukuman terbaharunya.

Pemenang Hadiah Nobel berusia 77 tahun itu sebelum ini sudah pun dihukum penjara 11 tahun kerana rasuah, menghasut, melanggar peraturan COVID dan melanggar undang-undang telekomunikasi.

Beliau masih menghadapi pelbagai tuduhan jenayah lain, termasuk melanggar akta rasmi rasuah dan penipuan pilihan raya, serta boleh dipenjarakan selama beberapa dekad jika sabit kesalahan atas semua tuduhan.

Wartawan dihalang daripada menghadiri perbicaraan mahkamah dan peguam juga Suu Kyi dilarang bercakap dengan pihak media. – AFP

Gambar fail pelajar memaparkan imej pemimpin digulingkan, Aung San Suu Kyi semasa rapat jalanan di Yangon pada 28 Februari 2021. Mahkamah junta sekali lagi menyabitkan Suu Kyi dengan kesalahan rasuah, menambah hukuman penjara enam tahun lagi. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -