SITTWE, Myanmar, 2 Nov – Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi tiba dalam lawatan pertamanya ke negeri Rakhine utara yang dibelenggu konflik hari ini, kata seorang pegawai, satu lawatan yang tidak diumumkan ke kawasan yang telah melihat kebanyakan penduduk Islam Rohingya diusir oleh kempen tentera.
Suu Kyi, pemenang hadiah nobel yang memimpin parti pro-demokrasi Myanmar, telah dikritik oleh komuniti antarabangsa kerana gagal menggunakan kuasa moralnya untuk mempertahankan Rohingya.
Kira-kira 600,000 penduduk minority itu telah melarikan diri ke Bangladesh sejak akhir Ogos dengan kisah pembunuhan, rogol dan perbuatan membakar oleh tentera berpengaruh Myanmar, selepas serangan militan mencetuskan tindakan balas tentera. PBB berkata tindakan keras mungkin bersamaan dengan penghapusan kaum, sementara tekanan telah diberikan ke atas Myanmar untuk menyediakan keselamatan kepada Rohingya dan membenarkan penduduk pulang.
Selain daripada ibu negeri Sittwe, Suu Kyi juga melawat dua pusat keganasan, Maungdaw dan Buthidaung, sebagai sebahagian daripada “lawatan sehari,” beritahu jurucakap kerajaan Zaw Htay, kepada AFP.
Ia adalah lawatan pertama beliau ke utara Rakhine, yang telah melihat beberapa keganasan komuniti paling teruk yang telah membelenggu negeri barat sejak 2012, menjejas teruk reputasi global Myanmar.
Masih tidak jelas sama ada Suu Kyi akan melawat beberapa daripada beratus kampung Rohingya yang dibakar oleh tentera, didakwa dibantu leh penduduk tempatan Rakhine yang beragama Buddha. Namun pemimpin yang dikenali sebagai ‘Wanita’ itu, bertemu dengan Rohingya di Maungdaw, menurut media tempatan, yang pertama untuk seorang pemimpin yang berminat untuk meyakinkan pemerhati di dalam dan luar negara bahawa krisis telah reda dan pembangunan semula Rakhine boleh bermula. – AFP