Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suu Kyi sekali lagi dihadapkan ke mahkamah

    YANGON, 21 SEPT – Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi sekali lagi dihadapkan ke mahkamah hari ini, kali ini membabitkan pertuduhan menghasut.

    Menurut peguamnya, Khin Maung Zaw, Suu Kyi bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

    Jika disabit kesalahan, beliau berdepan hukuman penjara maksimum selama tiga tahun.

    Selain Suu Kyi, presiden yang digulingkan, Win Myint, turut mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan sama.

    Dalam pada itu, Maung Zaw, berkata Suu Kyi berada dalam keadaan sihat, seminggu selepas beliau tidak dapat menghadiri perbicaraan atas faktor kesihatan.

    Beliau berkata, mahkamah hari ini mendengar hujah pendakwaan bahawa Suu Kyi melanggar sekatan COVID-19 ketika pilihan raya yang menyaksikan partinya memperoleh kemenangan besar.

    Selain itu katanya, Suu Kyi akan berdepan perbicaraan baharu pada bulan depan membabitkan pertuduhan rasuah, dan satu lagi perbicaraan atas kesalahan melanggar undang-undang kerahsiaan era kolonial. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda