Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    SUV elektrik bakal diperkenal

    FRANKFURT AM MAIN, 23 Sept – Selepas bertahun-tahun menyaksikan kelajuan kereta elektrik Tesla di hadapan sementara mengambil sikap bertahan ekoran skandal pengeluaran meluas diesel dalam industri ini, para pengeluar unggul Jerman akhirnya mendedahkan pencabar pertama mereka kepada pengeluar California itu.

    Pengeluar Mercedes-Benz, Daimler, BMW dan Audi Volkswagen dan anak-anak syarikat Porsche adalah antara yang mengawal kira-kira 80 peratus pasaran kereta premium.

    Tetapi kini mereka menawarkan persaingan sifar pengeluaran dan hanya sedikit kuasa bateri kepada Tesla dan ketua eksekutifnya, Elon Musk.

    Keadaan itu berubah bulan ini, dengan ketiga-tiga kumpulan itu mendedahkan SUV elektrik pertama mereka yang dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua tahun akan datang.

    Audi mendedahkan ‘E-Tron’, BMW pula ‘iNext’ dan Mercedes ‘EQC’, manakala Porsche memperkenalkan coupe elektronik ‘Mission E’.

    Gambar fail pada 14 September 2017 menunjukkan seorang pekerja membersihkan lantai di mana kereta elektrik EQ A dipamerkan di bilik pameran Mercedes di Frankfurt am Main, Jerman. – AFP

    Dalam jumlahnya, pengeluar kereta Jerman menganggarkan sejumlah hampir 40 bilion euro pelaburan dalam kenderaan berkuasa bateri dalam tempoh tiga tahun akan datang, menurut pertubuhan industri VDA.

    Dengan saham pasaran kira-kira lapan peratus di Jerman berbanding Tesla, 0.1 peratus, Audi berharap kereta elektrik akan diperkira bagi kira-kira satu dalam tiga jualan menjelang 2025.

    “Akhirnya, ia akan bermula!”pakar industri automobil, Ferdinand Dudenhoeffer memberitahu AFP.

    Masa mendesak, ketika jualan enjin berkuasa diesel telah menjunam di tengah rancangan banyak bandar-bandar besar untuk menegahnya bagi mengurangkan pencemaran udara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda