Monday, December 16, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suzuki anjur S-Presso Club Movie Night

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Dengan membawa tema, Cabana, Suzuki Brunei telah menghoskan acara S-Presso Club Movie Night yang berlangsung di Dewan Pameran Suzuki, Gadong, kelmarin.

    Acara yang dihadiri oleh pemilik-pemilik S-Presso, keluarga mereka, rakan media serta tetamu khas berpeluang untuk menikmati malam yang penuh dengan hiburan, silaturahim dan keraian di mana mereka berpeluang untuk menyaksikan tayang filem serta hidangan makanan dan minuman dalam suasana yang santai.

    Pada majlis itu juga, dua model S-Presso yang beraksesori penuh telah dipamerkan dengan menonjol di mana ia mengetengahkan kereta serba boleh popular berkenaan dengan setiap pemilik S-Presso menonjolkan kreativiti mereka melalui pilihan aksesori yang memenuhi citarasa mereka tersendiri.

    Menurut Eksekutif Pemasaran Junior, Suzuki Brunei, Awang Adib Mat Jin berkata bahawa majlis itu merupakan cara mereka meraikan pemilik-pemilik S-Presso dan mengukuhkan lagi hubungan dalam komuniti mereka.

    Ia juga merupakan peluang bagi mereka untuk menunjukkan rasa penghargaan dan berkongsi tawaran terkini bagi bakal pelanggan dan pelanggan Suzuki masa kini.

    Pemilik kenderaan S-presso bergambar ramai semasa acara berkenaan. – GAMBAR OLEH MUiZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUiZ MATDANI

    Jumlah S-Presso yang berada di atas jalan raya telah berkembang dengan ketara sejak ia diperkenalkan pada 2020 dengan sebanyak hampir empat ribu unit. S-Presso bukan sahaja untuk perjalanan seharian tetapi ia merupakan sebuah gaya hidup di mana ia mengongsi elemen keseronokkan sama seperti barisan kenderaan Suzuki yang lain.

    Acara pada malam itu juga merupakan peluang untuk mengetengahkan Promosi Hujung Tahun Suzuki Brunei di mana ia terus memberikan tawaran yang hebat. Para pelanggan yang membuat pembelian Suzuki Celerio atau S-Presso adalah layak bagi satu cabutan bertuah dan berpeluang untuk menikmati satu tahun bayaran bulanan sifar.

    Di samping itu, pembeli Blue Celerio atau S-Presso juga yang menerima sebuah telefon pintar percuma di mana promosi berkenaan berjalan sehingga hujung tahun ini.

    Tawaran-tawaran lain yang sedang berjalan adalah termasuk body kit percuma dan 3M Dark tint untuk pembeli Suzuki Ertiga. Manakala itu, 25 pelanggan pertama model 5-pintu Jimny akan menerima sebuah iPhone 16 sementara stok masih ada.

    Grand Vitara edisi Midnight dilengkapi dengan 3M tint, grille hitam dan rim sport 18 inci, juga ditawarkan bagi mereka yang inginkan gabungan pratikal dan gaya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda