Wednesday, March 19, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suzuki Ertiga tampil elemen lebih menarik

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Boustead Sdn Bhd, pengedar unggul Suzuki di Brunei, telah melancarkan dan memperkenalkan Suzuki Ertiga Kenstyle kepada para penggemar kereta Suzuki dan orang ramai di Brunei pada majlis pelancaran yang berlangsung di Dewan Pameran Suzuki, Gadong, hari ini.

    Dengan mengetengahkan tema ‘putih dan perak’, majlis pelancaran berkenaan melambangkan kesucian rekaan baharu dan menarik kit badan Kenstyle (body kit) bagi Suzuki Ertiga di mana pelancaran itu disaksikan bersama oleh pihak pengurusan Boustead Sdn Bhd, institusi kewangan, pemilik-pemilik Suzuki Ertiga, ahli-ahli Kelab Swift dan para jemputan.

    Semasa pelancaran itu, Eksekutif Pemasaran Boustead Sdn Bhd, Adehelmie Jaafar berkata, Boustead telah memperkenalkan pelbagai jenis aksesori kenderaan seperti ECU Booster dan Android Player bagi memenuhi gaya hidup para pelanggan.

    Beliau menambah bahawa mereka terus berubah mengikut peredaran masa dan teknologi serta menawarkan perkhidmatan dan produk terbaik bagi pelanggan-pelanggan Suzuki.

    Kenstyle merupakan jenama dari Jepun yang secara khusus mengeluarkan kit badan bagi pelbagai jenama terkenal sejak 1995 yang mana ia mengetengahkan elemen bergaya dan menarik tanpa mengetepikan sentuhan premium rekaannya.

    Elemen-elemen itu diketengahkan dalam kit badan bagi menjadikan Suzuki Ertiga lebih gah dan menonjol di mana kit berkenaan meliputi bampar spoiler depan dan belakang dan skirt tepi serta dilengkapi dengan rim sport 17 inci.

    Suzuki Ertiga yang dilancarkan pada Disember 2018 menawarkan keselesaan bagi semua penumpang dengan sistem suspensi yang direka semula bagi platform generasi baharu iaitu HEARTECT.

    Ia memberikan pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan dengan ruang yang lebih luas untuk sehingga tujuh penumpang serta kit badan Kenstyle terkini, Suzuki Ertiga memenuhi cita rasa penggemar kereta.

    Suzuki Ertiga Kenstyle yang diperkenalkan kepada pasaran Brunei bagi para penggemar kereta Suzuki.
    Para jemputan yang tidak sabar untuk menyaksikan Suzuki Ertiga Kenstyle yang dilancarkan di Dewan Pameran Suzuki, Gadong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda