Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 APRIL – Boustead Sdn Bhd, pengedar tunggal kereta Suzuki di negara ini, telah memperkenalkan edisi terbaharu Grand Vitara di bilik pamerannya di Gadong pagi tadi.
Suzuki Grand Vitara tampil lebih bergaya yang dilengkapi dengan teknologi moden dan kejuruteraan canggih.
Dikuasakan oleh enjin yang jimat bahan api, kenderaan ini memberikan prestasi yang mengagumkan tanpa menjejaskan kecekapan. Sama ada menavigasi jalan bandar atau menerokai denai luar bandar, pemandu boleh bergantung pada Grand Vitara untuk memberikan pemanduan yang lancar dan menyeronokkan.
Pengurus Pemasaran Suzuki Brunei, Awang Adehelmie Jaafar, berkata, “Suzuki Brunei sangat teruja memperkenalkan barisan kereta Suzuki baharu ini kepada pelanggan, dengan gabungan prestasi, kecekapan dan ciri-ciri versatilnya, kenderaan ini dicipta untuk memberikan keseronokan dalam setiap perjalanan.”
Selain prestasinya yang mengagumkan, Grand Vitara menawarkan ciri-ciri yang direka untuk meningkatkan keselesaan, kemudahan dan keselamatan. Dari bahagian dalam yang luas kepada teknologi canggihnya, setiap aspek kenderaan ini direka dengan mengambil kira pemandu dan penumpang.
Grand Vitara serba baharu mempunyai reka bentuk yang dikenali, koheren, lampu depan LED yang cantik serta sistem lampu siang LED tiga mata. Ia juga mempunyai gril krom hadapan yang moden dan anggun yang kelihatan bertenaga, berani dan elegan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai dengan Suzuki Grand Vitara baharu ini, orang ramai boleh menghubungi mana-mana cawangan Suzuki di Brunei.



