Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suzuki Swift milik Ali Hanafiah

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jan – Tahun baharu ini menjadi yang terbaik bagi Awang Ali Hanafiah bin Haji Salleh apabila memenangi sebuah kereta Suzuki Swift setelah dipilih sebagai pemenang utama cabutan bertuah sempena Hari Penghargaan Oppo.

    Awang Ali Hanafiah merupakan antara 100 orang pelanggan yang terpilih untuk mengikuti cabutan utama yang berlangsung di Kedai Mobile World, Gadong, hari ini.

    Beliau melahirkan perasaan tidak menyangka kerana memenangi hadiah lumayan dengan hanya membeli sebuah telefon pintar.

    “Saya juga berpuas hati dengan fungsi yang ada dalam Oppo terutama penggunaan kamera dan teknologi canggih,” ulasnya mengenai telefon pintar yang dibelinya.

    Menurut beliau, kereta yang dimenangi itu digunakan untuk kegunaan aktiviti seharian.

    Awang Ali Hanafiah membawa pulang sebuah kereta Suzuki Swift sebagai pemenang utama Promosi Cabutan Bertuah Oppo.
    Salah seorang pelanggan memenangi TV LED sempena Hari Penghargaan Oppo yang berlangsung kelmarin.

    “Hari ini hari bermakna bagi saya dan keluarga dan saya berterima kasih kepada Syarikat Vicom Enterprise dan Oppo,” jelas Awang Ali Hanafiah.

    Majlis cabutan berkenaan turut menyaksikan beberapa orang pelanggan lain turut memenangi hadiah-hadiah menarik seperti pelbagai model telefon pintar Oppo dan televisyen LED.

    Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan Mobile World, Dayang Zubaidah Zainoh manakala itu, hadiah utama diwakilkan oleh tetamu khas dari Malaysia iaitu pelakon terkenal Syafiq Kyle selaku duta produk Oppo Malaysia.

    Promosi anjuran Vicom Enterprise selaku pengedar rasmi produk jenama Oppo di negara ini dengan kerjasama Oppo itu telah berjalan dari 1 Ogos hingga 31 Disember 2018.

    Pengarah Urusan Vicom Enterprise, Kevin Lim Chin Chung menjelaskan, sepanjang promosi cabutan dijalankan, jualan produk Oppo mencapai 8,000 unit, tetapi hanya 100 pelanggan bertuah yang layak untuk menyertai cabutan utama.

    “Walaupun ia diadakan buat kali pertama, tindak balas orang ramai adalah sangat baik, kami akan mencuba membawakan lagi produk baharu ke pasaran Brunei Darussalam,” ujarnya.

    Beliau turut mengongsikan, antara produk popular Oppo bagi Brunei ialah Oppo F9 de-ngan teknologi skrin yang dikenali sebagai ‘water-drop screen’ yang mana pada skrin takuk berbentuk titisan air.

    Selain itu, paparan Oppo F9 mempunyai nisbah skrin kerangka yang amat tinggi iaitu 90.8 peratus.

    Telefon pintar ini turut didatangkan dengan teknologi pengecasan pantas VOOC dan menjadi model pertama dalam siri F yang dilengkapi dengan teknologi dwi-kamera di bahagian belakang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda