Thursday, July 4, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    SUZUKI tawar $15,000 untuk pembeli kereta bertuah

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Bagi sama-sama memeriahkan lagi Pesta Pengguna ke-29 (CF29), Suzuki Brunei pagi tadi telah mengadakan jerayawara di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas dengan memperkenalkan Suzuki Grand Vitara baharu dengan penambahan terkini rim sport 18 inci.

    Dengan tema projek Suzuki Project Wishlist – Driving Sales Growth and Giving Back merupakan satu lagi pencapaiannya dalam menggabungkan reka bentuk automotif inovatif dengan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Grand Vitara serba baharu muncul dengan rim sport 18 inci yang bergaya, menampilkan gabungan antara estetik dan prestasi kereta. Rim tersebut meningkatkan rupa sporty kenderaan sambil memberikan pengendalian dan kestabilan terbaik, menjadikan setiap pemanduan dengan pengalaman yang selesa.

    Menyentuh mengenai projek tersebut, ia merupakan inisiatif syarikat dengan memberi kembali kepada komuniti. Melalui projek itu, Suzuki komited untuk menyokong Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.

    Bagi setiap kenderaan yang dijual, Suzuki berikrar untuk menderma $30 kepada YASKA.

    Selain itu, Suzuki Aftersales juga akan memperuntukkan $15 daripada setiap pembaikan untuk menyokong inisiatif YASKA.

    Pendekatan dua dalam satu itu menggariskan kepercayaan Suzuki dalam memberi kembali kepada masyarakat dan membuat perubahan ketara dalam kehidupan kanak-kanak yang memerlukan.

    Melalui sumbangan tersebut, Suzuki bukan sahaja meningkatkan CSRnya tetapi juga memupuk budaya keprihatinan. Projek itu telah bermula sejak 15 Jun lalu dan akan berakhir pada 30 September. Dengan projek berkenaan, setiap pembelian model Suzuki terpilih memberikan pelanggan satu atau lebih penyertaan ke dalam cabutan bertuah, bergantung pada model yang dibeli.

    Pelanggan yang membuat pembelian tambahan seperti bodykit, rim atau spring TEIN akan mendapat peluang tambahan untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama bernilai $15,000. Hadiah tersebut bukan wang tunai tetapi membolehkan pemenang untuk membelanjakan $15,000 pada senarai keinginan peribadi mereka.

    Model Grand Vitara serba baharu yang dipamerkan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...