Sunday, February 9, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Svitolina kekalkan dominasi

    WASHINGTON, 3 OGOS – Pemain Ukraine, Elina Svitolina meneruskan penguasaannya terhadap Daria Kasatkina, menjadikan rekod kariernya ke atas pemain Rusia itu kepada 8-0 selepas memenangi perlawanan 6-2, 6-2 di Kejohanan Tenis Wanita (WTA) dalam gelanggang keras di Washington kelmarin.

    Kemenangan kedua pemain bukan pilihan itu ke atas saingan pilihan kelimanya dari Rusia menyaksikan dia melangkah ke peringkat suku akhir, di mana dia akan menentang pilihan utama dari Amerika Syarikat, Jessica Pegula atau pemain bertuah, Peyton Stearns.

    “Saya cuba berjuang setiap kali saya menentang Dasha,” kata Svitolina, yang turut menewaskan Kasatkina dalam straight set pada pusingan keempat di Roland Garros tahun ini.

    “Dia adalah lawan yang sukar untuk dihadapi, dan setiap kali saya cuba memainkan satu pukulan ekstra untuk mengawal permainan. Saya sangat gembira dengan kemenangan hari ini.”

    Svitolina, bermain kejohanan kelapannya sejak kembali dari cuti bersalin, melakukan 29 pukulan asas, termasuk 22 pukulan depan.

    Dia berjaya menyelamatkan ke-semua 10 break point yang dihadapinya, sembilan daripadanya datang hanya dalam dua perlawanan – kecekalannya untuk memenangi set pembukaan dan permainan yang panjang untuk mendahului 5-1 dalam set kedua.

    Apabila perlawanan tamat, Svitolina tetap berpegang pada dasar untuk tidak berjabat tangan dengan lawannya dari Rusia tersebut, walaupun di Roland Garros dia memuji Kasatkina kerana bersuara menentang pencerobohan Rusia di Ukraine. – AFP

    Svitolina meraikan mata perlawanan ke atas Kasatkina semasa Hari ke-5 Terbuka Mubadala Citi DC di Pusat Tenis Rock Creek, Washington DC baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda