Ramai pelancong telah berswafoto dengan panorama yang menakjubkan ditambah lagi dengan cahaya matahari terbenam berlatarbelakangkan patung di Rio Janeiro, pemandangan Guanabara Bay.
Alat tongkat swafoto diangkat untuk tangkapan gambar solo, pasangan, keluarga. Misi utamanya adalah untuk mendapatkan gambar yang sempurna dengan berlatarbelakangkan patung atau gunung yang cantik.
Kegagalan utama swafoto adalah apabila pelancong lain telah terlihat dalam paparan gambar swafoto sendiri.
Brazil, negara yang suka berswafoto, tetapi ia tidak berseorangan. Budaya swafoto menjadi kehidupan sehari-hari di serata dunia. Buktinya, media sosial telah dibanjiri dengan pelbagai gambar dan tempat tarikan pelancongan termasuk pelancong yang membanjiri suasana nirwana.
Dalam beberapa aspek yang lain, usaha untuk mengambil gambar riang gembira kadang kala membahayakan apabila jurugambar amatur menjadikan kegemaraan ini agak melampau. Tetapi bagi artis-artis, cara ini sesuai untuk mendapatkan wang ringgit. Cara ini juga digunakan untuk mencipta kenangan-kenangan bagi pelancong biasa.




Philippe, jurutera muda Perancis, rambutnya lebih kurang sama dengan patung dibina oleh Seni Deko yang ada di Brazil telah mengambil posisi di depan patung tersebut, yang diperbuat daripada konkrit dan batu sabun. Selepas mengambil gambar tersebut, dia telah menghantar kepada rakannya dan mereka telah ketawa apabila melihat gambar itu.
“Di media sosial, boleh sahaja memberikan tanggapan yang salah. Mereka hanya memuat naik gambar-gambar yang cantik seperti matahari, Rio dan pantai-pantai. Kesannya orang lain mengalami kemurungan kerana mereka berasa hidup mereka sia-sia.”
Sementara itu, bagi salah seorang warga Brazil pula, iaitu Daniela Lemes bersetuju bahawa mengambil swafoto merupakan suatu ‘kenangan yang menyeronokkan’ yang boleh dikongsi bersama keluarga dengan tempat yang menakjubkan seperti di sini.
Di Museum of Tomorrow, seorang pencinta keindahan, Tatiana da Silva de Paula, mengakui bahawa dia telah mengambil dalam anggaran 100 ke 200 keping swafoto hanya dalam masa sehari.
“Mula-mula, saya telah mengambil beberapa gambar untuk melihat bagaimana rupa saya. Selepas itu saya memuat naik gambar tesebut ke dalam sosial media khusus untuk keluarga dan rakan saya,” kata Tatiana da Silva de Paula.
Pertandingan swafoto
Di antara tempat yang dimestikan untuk berswafoto ialah air pancut terkenal, Trevi, yang berada di 9,000 kilometer jauhnya, di tengah-tengah Rom. Di sana pasangan dari Britain, Sarah dan Fivos dari Manchester telah pergi ke Bandar Eternal untuk menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke- 10, menjadi sebahagian daripada obsesi berswafoto.
Fivos menambah, “kami sangat gembira dengan swafoto yang kami ambil, tetapi dengan orang ramai yang berada di sekeliling, kita perlu bersabar untuk menunggu masa yang sesuai mengambil gambar yang baik tanpa ada orang lain dalam gambar itu.”
Begitu juga dengan Elia dan Chiara, dua orang pemuda dari Itali, telah berswafoto berlatarbelakangkan ibu bapa mereka yang juga sedang berswafoto.
Pada hari ini, sebagaimana dengan hari-hari lain, ramai orang berkerumun di sekeliling air pancut, yang diabadikan oleh Fellini dalam ‘La Dolce Vita,’ sehingga telah menyebabkan ketegangan semakin bertambah.
Pada bulan Ogos tahun lepas, pihak polis terpaksa membahagikan pelancong-pelancong kerana berebut ingin berswafoto di tempat yang sama.
Lebih menarik lagi, di Athens, selebriti-selebriti juga telah menyertai bersama jutaan pelancong untuk mencari detik-detik yang romantik. Pada bulan Mei, Mark Zuckerberg, pengasas Facebook telah datang ke Acropolis bersama isterinya.Legenda muzik Paul McCartney melakukan perkara yang sama pada sebelum ini.
Manakala di Mesir pula, piramid terhebat di luar Cairo, salah satu dari tujuh ketakjuban purbakala terakhir yang masih berdiri tegak. Salah seorang pelancong dari Bangladesh, Sheila Ahmed menggunakan telefon pintarnya untuk berswafoto seperti pelancong-pelancong lainnya sebelum ini.
“Secara amnya, saya tidak minat berswafoto tetapi ianya sangat mudah untuk menggunakan telefon pintar anda dan mengambil gambar anda sendiri, di mana sahaja tempat yang anda inginkan lebih-lebih lagi ketika saya berada di hadapan piramid terhebat itu,” katanya.
Di Amerika pula, tempat Mather Point yang berada di atas Grand Canyon teragung, hujung selatan, pengambilan gambar sering dilakukan di sini, tapi ada yang lebih ekstrem iaitu mengambil gambar di hujung cenuram tersebut.
Pelancong Britain, Kathryn Kelyy berkata, “cukup sahaja kita melihat dari sini. Saya tidak tahu apa sebabnya untuk mengambil gambar di hujung cenuram itu.”
Lebih hebat lagi, mengambil gambar adalah seperti sukan negara di Korea Selatan. Presiden Moon Jae In telah membuat mesej dengan merakam secara berswafoto untuk memperingati 100 hari di pejabatnya.
Korea Utara merupakan negara yang paling sedikit untuk berswafoto di bumi ini, di mana mereka lebih kepada melakukan gambar tradisional. – AFP