BINTULU, 9 NOV – Kerajaan negeri Sarawak mempunyai dasar seimbang meliputi keperluan industri perkayuan dan usaha memulihkan hutan serta menghijaukan negeri itu. Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata untuk industri perkayuan, kerajaan negeri melaksanakan penanaman hutan industri bagi menyediakan bahan mentah kayu-kayan tanpa perlu menebang hutan sedia ada, bagi memastikan kelestarian