KUCHING, 26 APRIL – Sarawak mengaktifkan pangkalan hadapan musim kemarau buat pertama kali sebagai persiapan menghadapi cuaca kering yang dijangka berlaku sehingga September ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah. Beliau berkata pangkalan hadapan itu diwujudkan bagi memudahkan bantuan air minuman disalurkan kepada mangsa seandainya kemarau melanda terutamanya di kawasan