Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’wak kaji amalan perlombongan Kanada jana grafit biojisim

    KUCHING, 18 JUN – Kerajaan Sarawak sedang mengkaji kaedah pengurusan dan perundangan berkaitan mineral yang diamalkan di Kanada dalam perancangannya untuk menjana potensi pengeluaran grafit daripada biojisim.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata satu rombongan diketuai Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengunjungi Kanada baru-baru ini untuk mendalami perkara berkenaan.

    “Kanada antara negara utama di dunia dalam pengurusan mineral dan cari gali mineral yang tidak menjejaskan alam sekitar. Selepas itu mereka pulihkan (kawasan perlombongan),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Korban Jabatan Premier Sarawak hari ini.

    Beliau berkata lawatan itu juga akan disesuaikan dengan kajian yang dibuat Jabatan Mineral dan Geosains di Sarawak bagi mineral yang telah dikenal pasti dengan tujuan mengelakkan ekploitasi melampau.

    “Saya akan lihat laporan mereka kerana kita ada potensi mengeluarkan graphite (grafit). Biomass yang ada (di Sarawak) ada character yang boleh mengeluarkan grafit yang juga satu chemical dikehendaki dalam fuel cell hydrogen,” katanya. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 6 Jun menunjukkan Tan Sri Abang Johari semasa berucap pada perasmian Sarawak Electrolyser Assembly & Distribution Facility. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda