Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’wak lapor 9 kes kematian akibat rabies

    KUCHING, 16 MEI – Sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia termasuk sembilan kes kematian dilaporkan di Sarawak dari 1 Januari hingga 15 Mei tahun ini.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata jumlah itu menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 adalah sebanyak 66 kes dengan 59 kematian.

    Beliau berkata daripada 11 kes yang dilaporkan tahun ini, empat kes masing-masing dari Bahagian Sibu dan Bahagian Serian, dua kes dari Bahagian Kuching dan satu kes dari Bahagian Bintulu.

    “Lapan kes yang dilaporkan tahun ini mempunyai sejarah digigit anjing, dua kes mempunyai sejarah digigit atau dicakar kucing, manakala satu kes tidak diketahui oleh ahli keluarga sama ada mempunyai sejarah digigit atau dicakar haiwan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Dr Muhammad Radzi berkata rabies merupakan penyakit sistem saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus rabies. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda