Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’wak mula laksana kuasa berkaitan minyak, gas

    KUCHING, 1 Julai – Kerajaan negeri Sarawak mula melaksanakan kuasanya mengikut undang-undang negeri berkaitan aktiviti minyak dan gas di negeri ini hari ini, termasuk Ordinan Pengedaran Gas 2016, yang juga berkuat kuasa mulai tarikh sama.

    “Peraturan di bawah ordinan berkaitan pelesenan telah diluluskan kerajaan negeri dan proses pelaksanaannya akan bermula serta-merta,” kata kenyataan di keluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak di sini hari ini.

    Pada 6 Mac tahun ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan Sarawak akan mula melaksanakan kuasanya mengikut undang-undang negeri ini berkaitan aktiviti gas dan minyak pada 1 Julai.

    Menurut kenyataan itu, bagi undang-undang negeri yang sudah dikuatkuasakan seperti Ordinan Perlombongan Minyak 1958 dan Kanun Tanah 1958, pihak berkuasa negeri yang berkenaan akan memulakan proses ke arah memastikan undang-undang itu dipatuhi, termasuk mengumpul maklumat perlu daripada semua penggiat industri dan memupuk penglibatan bersama secara lebih terperinci dan komprehensif dengan mereka.

    Kenyataan itu seterusnya berkata kerajaan negeri sedar proses berkenaan akan mengambil masa dan sejajar dengan itu, penggiat industri dibenar menjalankan urusan perniagaan dan operasi masing-masing seperti biasa hingga akhir 2019 dan pada waktu sama, langkah perlu akan diambil bagi memastikan semua undang-undang negeri dipatuhi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda