Oleh Arissa
LIMBANG,31 Okt – Sarawak bersetuju meneruskan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu pengurangan cop pasport yang digunapakai penduduk di negeri ini di pintu masuk sempadan Sarawak dan Negara Brunei Darussalam.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, perkara itu akan dibincangkan pada kunjungan Najib ke Sarawak dan seterusnya ke Negara Brunei Darussalam bulan depan.
“PM (Najib) akan datang ke Sarawak dan saya akan memberitahu beliau untuk berunding dengan Brunei bagi mengurangkan atau menghapuskan terus penggunaan cop pasport pada pada rundingan yang dianggotai Brunei bulan depan,” katanya pada majlis Pecah Tanah Projek Jambatan Sungai Limbang 2, di sini, hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn