KUCHING, 18 JAN – Kerajaan Negeri Sarawak akan menyalurkan bantuan bakul makanan sebanyak 73,000 kepada isi rumah yang terjejas di Sibu, Selangau dan Kanowit berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 16 hingga 29 Januari ini. Tiga kawasan itu dikenakan PKP susulan peningkatan kes COVID-19 melibatkan jangkitan tempatan daripada Kluster Pasai yang diisytiharkan pada 9 Januari lepas.