Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’wak sasar lebih 3 juta pelawat tahun ini

    KUCHING, 22 JUN – Sarawak menyasarkan ketibaan pelawat ke negeri itu melebihi 3 juta orang tahun ini, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

    Beliau berkata setakat Mei tahun ini, Sarawak telah merekodkan ketibaan sebanyak 1.6 juta pengunjung.

    “Untuk 2023, kita menjangkakan ketibaan pelawat melebihi sasaran iaitu tiga juta pelawat kerana kita bermula dengan baik,” katanya dalam ucapan di Forum Pengalaman Destinasi Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) dan Mart 2023 di Konvensyen Borneo Pusat Kuching, di sini, hari ini.

    Abdul Karim berkata di Sarawak, industri pelancongan merupakan sektor ekonomi penting yang menjana pendapatan pelancongan sebanyak RM11.57 bilion sebelum pandemik pada 2019.

    Beliau berkata kementerian meramalkan pemulihan berterusan sepanjang 2023 didorong oleh sumbangan daripada pelawat domestik dan antarabangsa.

    “Walaupun pelancongan antarabangsa semakin pulih, pelancongan domestik juga akan terus memacu pemulihan industri pelancongan rantau ini,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda