Tuesday, January 7, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’wak sedia tawar tapak lokasi pos kawalan sempadan M’sia-Indonesia

    KUCHING, 14 APRIL – Kerajaan Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam menawarkan tapak bagi lokasi membangunkan pos kawalan sempadan Malaysia-Indonesia di negeri itu.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penambahan pos kawalan sempadan ini pen-ting bagi membanteras kemasukan pendatang asing secara haram dan meningkatkan keupayaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) di negeri itu. 

    “Pos kawalan sempadan di bawah Kementerian Pertahanan jadi kita (kerajaan Sarawak) tidak ada kuasa untuk (mewujudkan sendiri pos kawalan). Kita bekerjasama dengan menawarkan tapak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2023 di sini hari ini. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucapan pada majlis penyerahan Sumbangsih Raya 2023 sempena sambutan Aidilfitri untuk petugas-petugas badan beruniform dan agensi penguatkuasa di Wisma Bapa Malaysia kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda