Friday, November 15, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’wak semak rangka kerja HoB

    KUCHING, 12 OKT – Sarawak sedang menyemak semula rangka kerja inisiatif Heart of Borneo (HoB) bagi memastikan ia selaras dengan dasar dan agenda pembangunan negeri sedia ada, terutama Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2023 (PCDS 2030). 

    Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Jabatan Hutan Sarawak, yang merupakan sekretariat untuk HoB sedang menyiapkan draf akhir rangka kerja itu.

    “Dokumen berkenaan, yang merupakan versi semakan Rangka Kerja Pelaksanaan HoB Sarawak 2009, akan menjadi panduan bagi pelaksanaan program serta pelbagai aktiviti dalam kawasan HoB hingga 2030.

    “Hal ini bukan bertujuan menggantikan rangka kerja HoB 2009 sebaliknya sebagai dokumen tambahan dan dikemas kini,” katanya berucap pada majlis perasmian Seminar Heart of Borneo 2023: Ekspedisi Santifik Gerenai-Long Mekaba di sini hari ini.

    Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh. 

    Inisiatif HoB merupakan kerjasama antara Malaysia (Sabah dan Sarawak), Indonesia serta Brunei untuk memulihara hutan tropika di kepulauan Borneo di samping melaksanakan pembangunan lestari bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk. – Bernama

    Datuk Len Talif Salleh (dua, kiri) mewakili Timbalan Premier Sarawak menunjukkan kawasan Ekspedisi Santifik Gerenai-Long Mekaba pada Seminar Heart of Borneo 2023, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda