Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    S’wak tubuh IBET kawal rabies

    KUCHING, 26 SEPT – Sarawak kini mempunyai satu pasukan khas yang dinamakan ‘Immune Belt Enforcement Team’ (IBET) bagi mengawal penularan wabak rabies dengan lebih proaktif terutamanya di kawasan sempadan negara.

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pasukan IBET dibekalkan dengan kenderaan dan kelengkapan canggih bagi membolehkan mereka menjalankan tugas di lokasi pedalaman yang terpencil.

    “Keadaan rabies di Sarawak terkawal tetapi kita tidak boleh mengambil mudah kerana wabak itu boleh meragut nyawa…kita mempunyai kawasan yang agak luas dan sempadan kita melebih 1,000 ribu kilometer. Anjing ini tidak ada pasport, ia boleh berkeliaran ke mana-mana sahaja.

    “Justeru, kita perlu bekerjasama dengan masyarakat setempat atau ketua masyarakat untuk mengenal pasti anjing penduduk tempatan atau anjing liar,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran IBET di sini hari ini.

    Abang Johari berkata setiap anjing yang dikenal pasti akan dimasukkan cip bagi mengesan pergerakannya sekali gus membolehkan kerajaan negeri mendapatkan data yang diperlukan dalam usaha mengekang wabak tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...