Swansea baru mula ‘berenang’

LONDON, 4 Jan – Pengurus baru Swansea City Paul Clement menyaksikan pasukannya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88 dalam kemenangan 2-1 di Crystal Palace semalam dan melonjak keluar daripada kedudukan tercorot Liga Perdana.

Hanya beberapa jam selepas pembantu Bayern Munich menjadi pengurus ketiga Swansea pada musim yang hambar, Clement berada di tempat duduk di Slehurst Park tetapi tidak memilih pasukan, meletakkan tugasan itu kepada jurulatih pasukan pertama, Alan Curtis.

Clement, 44, sebelumnya sebagai pengurus adalah bersama pasukan divisyen dua, Derby dan dipecat, mengambil alih pasukan Swansea yang sekarang hanya satu mata daripada kedudukan selamat dan satu mata di belakang hos mereka.

Sebaliknya, pengurus Palace Sam Allardyce yang mengambil alih kendalian buat kali pertama di laman sendiri, sekarang tahu dia menghadapi persaingan sebenar untuk mengekalkan kelab London itu di kelompok teratas.

Swansea adalah pasukan yang lebih baik pada awal perlawanan dengan Neil Taylor melepaskan rembatan dari jarak jauh.

Pemain Swansea, Alfie Mawson (kiri) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menyumbat jaringan pembukaan semasa menentang Palace di stadium Selhurst Park, kelmarin. – AP
Pemain Swansea, Alfie Mawson (kiri) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menyumbat jaringan pembukaan semasa menentang Palace di stadium Selhurst Park, kelmarin. – AP

Alardyce menyaksikan pasukannya hampir menjaringkan gol selepas suku jam perlawanan, tetapi Yohan Cabaye melepaskan rembatan di tepi jaring luar pintu gol selepas pasukan pelawat sukar mengeluarkan sepakan percumanya.

Tetapi Clement yang ditingkatkan dengan cara Swansea mendominasi persaingan menentang pasukan Palace yang menghadapi kesukaran di kedudukan Liga Perdana sekarang begitu tertekan.

Allardyce dilihat berang ketika Palace bekerja keras dan Swansea mensia-siakan peluang besar apabila tandukan pertahanan Federico Fernandez melepasi palang.

Tetapi Swansea menunjukkan mengapa mereka menghadapi penyingkiran apabila kesilapan penjaga gol Palace, Wayne Hennessey dibenarkan melantun di tengah-tengah pertahanan Swansea sehingga mencetuskan cemas.

Penyerang Palace Christian Benteke menjaringkan gol dan menewaskan penjaga gol Lukasz Fabianski, sebelum rebah dalam kotak penalti di bawah kontek minimum, tetapi pengadil perlawanan tidak berganjak.

Sejuru selepas itu, pada minit ke-42, Swnsea layak mendahului apabila sepakan percuma Gylfi Sigurdsson ditanduk masuk oleh Alfie Mawson. – AFP