LONDON, 11 Julai – Kelab Liga Perdana Swansea tidak akan melepaskan pemain antarabangsa Iceland Gylfi Sigurdsson bagi jumlah yang kurang daripada 50 juta pound (AS$64 juta), BBC melaporkan semalam.
Pemain utama berusia 27 tahunyang penting kepada ‘Swans’ untuk bertahan musim lalu menjaringkan sembilan gol dan mencipta 13 peluang lain, diharap mengena dengan bidaan 40 juta pound dari juara 2016 Leicester telah ditolak.
Everton difikirkan paling menyamai harga yang dimahukan ketika pengurus mereka Ronald Koeman merupakan seorang yang dikenali sebagai peminat Sigurdsson.
Sigurdsson yang kontraknya akan mansuh pada 2020, berada di Swansea dengan perpindahan kekal sejak 2014 selepas dua musim mengecewakan di Tottenham yang membawanya dari Hoffenheim, Jerman dengan kos hampir 9 juta pound.
Koeman yang membelanjakan banyak wang pada penamat musim dengan 75 juta pound daripada perpindahan pemain antarabangsa Belgium, Romelo Lukaku ke Manchester United, seharusnya mempunyai dana yang mencukupi.
Koeman mengambil semula penjaring terbanyak England Wayne Rooney dari Manchester United Ahad lalu dan membelanjakan 30 juta masing-masing bagi pertahanan Michael Keane dari Burnley dan penjaga gol Jordan Pickford dari Sunderland yang disingkirkan.
Bayaran Pickford menjadikannya penjaga gol termahal Britain dan ketiga termahal dunia selepas Manchester City merembat penjaga gawang Benfica, Ederson dengan 40 juta euro dan 53 juta pound bagi Gianluigi Buffon yang berpindah dari Parma ke Juventus pada 2001.
Mereka juga menandatangani pemain midfield dari Belanda, Davy Klaassen daripada finalis Liga Europa, Ajax dengan 23.6 juta pound dan penyerang Sandro Ramirez bagi 5.2 juta pound. – AFP