Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Swansea tumpaskan Sheffield

    LONDON, 28 Feb – Swansea bakal melangkah ke suku akhir Piala FA dan dijadual bertemu sama ada Tottenham Hotspur atau Rochdale ketika pengurus Carlos Carvalhal berhasil menumbangkan kelab lamanya Sheffield Wednesday 2-0 dalam perlawanan semula pusingan kelima semalam.

    Carvalhal sebelum ini pernah disingkirkan oleh Sheffield sebelum Krismas selepas dua tahun setengah mengendalikan kelab itu dan dia lebih rela menyaksikan pertemuan pertama di antara dua pasukan itu berakhir dengan penalti berbanding perlawanan semula.

    Menjadikan misi kekal di Liga Perdana Inggeris sebagai keutamaan mereka, Swansea membuktikan kekuatan mereka sekali pun menyenaraikan barisan kedua menentang kelab Liga Kejuaraan itu.

    Tom Carrol melayangkan badannya ketika dihalang oleh Jacob Butterfield dari Sheffield Wednesday pada pertembungan Swansea City dan Sheffield Wednesday di Stadium Liberty, semalam. – AFP

    Selepas separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan, Carvalhal membuat dua pertukaran pada separuh masa kedua dengan pemain gantian Jordan Ayew yang akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan gol pada minit ke-55.

    Nathan Dyer kemudian memastikan perjuangan Sheffield 10 minit sebelum perlawanan tamat setelah berhasil menjaringkan gol yang dihantar Tammy Abraham.

    Spurs akan menyaksikan pertemuannya dengan Rochdale bagi tempat ke peringkat lapan terakhir di Wembley, esok. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda