Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Swatch mohon maaf susulan siar iklan sensitif

    GENEVA, 19 OGOS – Pembuat jam tangan Switzerland, Swatch memohon maaf kelmarin atas kempen iklan yang mendukacitakan pengguna di China dan juga tempat-tempat lain dan telah bertindak, “mengalihkan semua bahan berkaitan iklan dengan serta-merta.”

    Dalam imej untuk koleksi Swatch Essentials, seorang model lelaki Asia ditunjukkan menarik tepi kelopak matanya dengan jarinya sebagai isyarat yang dilihat sebagai menghina dan bersifat perkauman, lapor penyiar awam Switzerland, SRF.

    Imej berkenaan telah mencetuskan kritikan di media sosial di China, dengan pengaruh utama mula bersuara.

    Swatch mengumumkan di Instagram bahawa, “kami memohon maaf atas sebarang kesulitan atau salah faham yang mungkin timbul disebabkan oleh perkara ini.” Ia turut berkata akan, “mengambil tindakan sewajarnya.”

    SRF melaporkan bahawa permohonan maaf itu turut disiarkan di rangkaian sosial Cina, Weibo dalam bahasa Cina dan Inggeris.

    Negara China sememangnya telah menjadi pasaran utama untuk pelbagai jenama mewah dan pembuat jam. Pada 2018, pengasas Dolce&Gabbana memohon maaf selepas warga China memboikot produknya berikutan video mempromosikan pertunjukan fesyen di Shanghai yang tidak sensitif dengan budaya. – AP

    Logo Swatch, syarikat pembuat jam tangan Switzerland digambarkan di Champs Elysees Avenue di Paris, Perancis pada September 2017. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda