Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sweden alami cuaca paling sejuk

    STOCKHOLM, 17 JAN – Sweden mengalami cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun selepas sebuah kampung di utara negara itu mencatatkan suhu paling rendah.

    Cuaca sejuk yang memecahkan rekod dilihat pada 5 Januari dengan minus 44.6 darjah Celsius di Vittangi dalam perbandaran Kiruna, menurut Institut Meteorologi dan Hidrologi Sweden (SMHI), lapor agensi Anadolu. Pengurus Operasi SMHI, Sverker Hellstrom berkata pihaknya menangguhkan pengumuman kepada rakyat untuk memastikan rekod yang dicatatkan itu benar-benar tepat. 

    Sweden merekodkan suhu terendah pada tahun 1966 dengan minus 52.6 darjah Celsius di rantau Norrbotten. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda