Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sweden belasah Luxembourg 8-0

    PARIS, 8 Okt – Sweden mengalihkan tekanan ke atas Perancis dalam persaingan kelayakan Piala Dunia Eropah ketika Marcus Berg menjaringkan empat gol dalam membenam Luxembourg 8-0 awal pagi tadi.

    Pemain penyerang pasukan Al Ain, Berg merobek pertahanan Luxembourg di Solna ketika pasukan pelawat disedarkan semula selepas keputusan seri 0-0 di Perancis pada bulan lalu.

    Selepas Andreas Granqvist memecahkan kebuntuan menerusi sepakan penalti minit ke-10, Berg, 31, menjaringkan gol pertamanya lapan minit kemudian. Dia tidak berhenti di sana dan melengkapkan hatrik dengan setiap jaringan pada setiap separuh masa dengan menyudahkan tandukan bola yang melantun selepas rembatan awalnya berjaya diselamatkan, dan membuat rembatan melencong menerusi permainan individu.

    Pemain pertahanan Celtic, Mikael Lustig menukar kedudukan menjadi lima, sebelum satu lagi sepakan penatli dari Granqvist dan gol keempat Berg.

    Marcus Berg membuat tandukan menewaskan penjaga gol Luxembourg bagi gol keempatnya dalam kelayakan Piala Dunia antara Sweden dan Luxembourg. – AFP

    Berg dikeluarkan ketika perlawanan hanya berbaki 16 minit, tetapi ia tidak menyelamatkan Luxembourg dari keadaan yang lebih memalukan, ketika Ola Toivonen melengkapkan kemenangan. Dalam perlawanan lain, Bosnia and Herzwgovina menyaksikan harapan persaingan play-off mereka dalam Kumpulan H terjejas dengan kekalahan mengejut 4-3 di gelanggang sendiri kepada Belgium yang sudah layak.

    Jaringan menerusi Haris Medunjanin dan Edin Visca meletakkan pasukan Bosnia di depan selepas jaringan awal pemain pertahanan Belgium, Thomas Muenier, tetapi Michy Batshuayi dan Yannick Carrasco menukar perlawanan.

    Jaringan penyamaan dari Dario Dumic pada minit ke-82 dilihat menyelamatkan mata berharga tuan rumah, tetapi Carrasco sekali lagi menjaringkan gol untuk memastikan perebutan bagi tangga kedua masih terbuka, dengan Greece, di tangga kedua, menang 2-1 ke atas Cyprus di Nicosia.

    Estonia menewaskan Gibraltar 6-0 untuk memberikan mereka peluang untuk mendapatkan tangga kedua, tetapi mengekori Bosnia dengan 15 gol menerusi perbezaan jaringan dengan hanya berbaki satu perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda