Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sweden bina pusat AI termaju

    HELSINKI, 29 OGOS – Firma Sweden, EcoDataCenter, kelmarin mengumumkan kerjasama dengan syarikat awan Amerika Syarikat (AS), CoreWeave untuk membina pusat Kecerdasan Buatan (AI) yang canggih di Sweden, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pengkomputeran Eropah secara signifikan.

    Menurut kenyataan akhbar daripada syarikat pusat data Sweden itu, pusat AI tersebut akan ditubuhkan di bandar Falun di tengah Sweden. Ia akan menjadi kluster NVIDIA Blackwell berskala besar pertama di Eropah.

    Dilancarkan pada musim bunga 2024, platform AI Blackwell dijangka meningkatkan prestasi latihan AI dan menjadi 25 kali lebih cekap tenaga berbanding pendahulunya. Kecekapan yang dipertingkatkan ini seharusnya memudahkan pembangunan aplikasi AI baharu dan lebih berkesan untuk syarikat dan organisasi, kata EcoDataCenter. – Xinhua

    Gambar Freepik

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda