Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sweden, Finland serah permohonan sertai NATO

    STOCKHOLM, 18 MEI – Sweden dan Finland akan bersama-sama mengemukakan permohonan menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Rabu, kata Perdana Menteri Sweden Magdalena Andersson pada Selasa.

    Keanggotaan NATO itu akan mengukuhkan keselamatan di Sweden dan di rantau Laut Baltik, lapor Xinhua.

    Mengemukakan permohonan bersama Finland ‘bermakna kita dapat menyumbang kepada keselamatan di utara Eropah’.

    “Keselamatan di kedua-dua negara berkait rapat, dan kerjasama erat amat penting. 

    “Permohonan kami menyertai NATO adalah isyarat bahawa kami bersatu demi masa depan,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Presiden Finland, Sauli Niinisto.

    Menteri Luar Sweden, Ann Linde menandatangani permohonan keahlian NATO negara itu pada pagi Selasa.

    Niinisto mengadakan lawatan ke Sweden pada Selasa hingga Rabu. 

    Andersson dan Niinisto kemudiannya dijadual bertemu Presiden AS Joe Biden di Washington pada Khamis, menurut kerajaan Sweden. – Bernama

    Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg dan Duta Sweden ke NATO Axel Wernhoff berjabat tangan semasa majlis menandakan permohonan keahlian Sweden dan Finland di Brussels, Belgium kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda