Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sweden gesa Erdogan segera ratifikasi undian Parlimen Turkiye

    COPENHAGEN, 24 JAN – Kerajaan Sweden menyambut baik kelulusan Parlimen Turkiye kelmarin mengenai penyertaan negara Nordik itu dalam NATO dan menggesa Presiden Recep Tayyip Erdogan memuktamadkan ratifikasi itu secepat mungkin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    “Hari ini, kami satu langkah lebih dekat untuk menjadi ahli penuh NATO,” tulis Perdana Menteri, Ulf Kristersson di X, pada petang kelmarin.

    Menteri Luar, Tobias Billstrom juga menyambut baik berita dari Ankara itu.

    “Sudah tentu bagus bahawa Parlimen Turkiye kini telah mengundi menyokong (penyertaan Sweden ke NATO),” katanya kepada stesen radio SVT

    Langkah seterusnya adalah bagi Erdogan untuk menandatangani protokol penyertaan dan menerbitkannya dalam Warta Rasmi.

    Billstrom berkata ini sepatutnya berlaku secepat mungkin – tidak ada alasan untuk menunggu sehingga Parlimen menyelesaikan peranannya. – Bernama

    Penggubal undang-undang Turkiye mengikuti perbahasan bidaan Sweden untuk menyertai NATO di Parlimen Turkiye di Ankara, Turkiye pada 23 Januari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda