Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sweden henti beri Moderna kepada dewasa

    STOCKHOLM, 6 OKT – Agensi kesihatan awam Sweden mencadangkan untuk menghentikan sementara penggunaan vaksin Moderna COVID-19 di kalangan dewasa muda, atas kebimbangan terhadap kesan sampingan yang jarang berlaku pada jantung.

    Penghentian sementara itu akan berkuatkuasa sehingga 1 Disember, menjelaskan mereka telah menerima bukti peningkatan risiko kesan sampingan seperti keradangan otot jantung (miokarditis) dan keradangan perikardium (perikarditis).

    “Agensi Kesihatan Awam telah membuat keputusan untuk menghentikan penggunaan vaksin Spikevax Moderna, untuk mereka yang lahir pada tahun 1991 dan seterusnya, sebagai langkah berjaga-jaga,” menurut kenyataan agensi tersebut.

    Menurut agensi tersebut, risiko tersebut lebih berhubung kait dengan dos kedua vaksin Moderna dan lebih banyak berlaku di kalangan lelaki.

    Simptom tersebut akan reda dengan sendirinya, tetapi lebih baik diperiksa oleh doktor, tambahnya.

    Sekitar 81 ribu orang dalam lingkungan umur tersebut telah menerima dos suntikan pertama di Sweden, tetapi mereka tidak akan diberikan dos kedua, kata agensi tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda