Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sweden ‘jangan harap’ sertai NATO

    ANKARA, 2 FEB – Presiden Recep Tayyip Erdogan menegaskan semula semalam bahawa Turkiye tidak akan membenarkan Sweden menyertai pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selagi ia membenarkan bantahan yang mencemarkan kitab suci Al-Quran.

    Turkiye yang selama ini menangguhkan kelulusan keanggotaan Sweden dan Finland ke dalam pakatan tentera Barat itu berang susulan siri bantahan di Stockholm oleh aktivis yang membakar Al-Quran di luar Kedutaan Turkiye dan menggantung patung berupa Erdogan.

    Ia juga telah menangguhkan satu mesyuarat penting di Brussels yang sepatutnya membincangkan mengenai kemasukan kedua-dua negara Nordic itu ke dalam NATO.

    “Sweden, jangan harap! Selagi awda membenarkan kitab suci Al-Quran untuk dibakar dan dikoyakkan, dan awda melakukannya bersama pasukan keselamatan awda, kami tidak akan katakan ‘ya’ kepada kemasukan awda dalam NATO,” tegas Erdogan dalam satu ucapan kepada penggubal undang-undang parti pemerintahannya. – AP

    Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan melambai semasa menghadiri mesyuarat kumpulan parti pada Perhimpunan Kebangsaan Turkiye di Ankara pada 1 Februari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda