HELSINKI, 16 Sept – Pegawai Sweden hari ini secara rasmi telah mengesahkan Parti Demokratik Sosial memenangi undian paling banyak pada pilihan raya umum 9 September lalu walaupun mempunyai hasil keputusan yang rendah.
Manakala parti Demokrat Sweden yang berhaluan kanan jauh mendapatkan sokongan yang memberangsangkan di tengah-tengah sentimen anti imigrasi.
Pegawai pilihan raya hari ini ketika membentangkan keputusan terakhir pilihan raya, menunjukkan bahawa Parti Demokratik Sosial yang dipimpin Perdana Menteri Stefan Lofven mendapat 28.3 peratus, Parti Komunis 19.8 peratus dan Demokrat Sweden 17.5 peratus.
Walau bagaimanapun, kedua-dua parti, iaitu Demokrat Sosial dan parti pembangkang Moderat, telah gagal menguasai majoriti pemerintah dalam parlimen 349 kerusi tersebut. Oleh itu, Sweden akan berdepan dengan minggu politik yang tidak pasti di tengah-tengah rundingan pembentukan kerajaan yang dijangka. Kedua-dua blok ini enggan bekerjasama dengan Demokrat Sweden, pembangkit yang berpotensi dalam perbincangan pembentukan Kabinet. Jumlah pengundi yang membuang undi adalah sebanyak 87.2 peratus. – AP