Wednesday, January 15, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sweden tidak tegas bendung penularan Wabak COVID-19

    STOCKHOLM – Jalan-jalan di Stockholm tenang tetapi tidak sepi. Terdapat sebilangan penduduk masih kelihatan duduk di luar kafe-kafe di pusat ibu kota Sweden.

    Kelihatan juga penjual masih menjual bunga, para remaja masih berbual dalam kumpulan di taman dan ada yang masih menyapa antara satu sama lain dengan pelukan dan berjabat tangan.

    Selepas musim sejuk Scandinavia yang panjang, pandemik koronavirus tidak mengurung penduduk Sweden di dalam rumah walaupun penduduk di kebanyakan negara di dunia melakukan perintah berkurung di rumah masing-masing dan mereka juga tidak akan pergi ke kedai-kedai atau restoran yang buka melainkan ada beberapa sebab tertentu yang mereka dibenarkan untuk keluar.

    Pihak berkuasa Sweden telah menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan penjarakkan sosial dan bekerja dari rumah jika boleh, dan mendesak mereka yang berusia lebih dari 70 tahun untuk mengasingkan diri sebagai langkah berjaga-jaga. Namun jika dibandingkan dengan perintah berkurung yang dikenakan di tempat lain di dunia, respons kerajaan terhadap virus ini membolehkan kebebasan peribadi yang liberal.

    Berada di restoran telah ditegah di Sweden, tetapi pelanggan restoran masih boleh menikmati hidangan di meja-meja restoran di samping membawa balik makanan yang dipesan. Sekolah menengah dan universiti ditutup, tetapi sekolah prasekolah dan sekolah rendah masih menjalankan kelas-kelas secara peribadi.

    Kelihatan orang ramai berjalan kaki di kawasan pejalan kaki di Stockholm, Sweden. – AP
    Orang awam mengunjungi pokok sakura di Kungstradgarden di Stockholm ketika pandemik COVID-19. – Agensi
    Gambar bertarikh 25 Mac 2020 menunjukkan orang ramai masih berada di restoran di Stockholm, Sweden. – AP
    Berbeza dengan negara-negara lain yang mengarahkan penutupan restoran semasa penularan wabak, di Sweden pelanggan restoran masih boleh menikmati hidangan di meja-meja restoran di samping membawa balik makanan yang dipesan. – AP

    “Sekurang-kurangnya Sweden berada jauh di tempat kejadian di Eropah,” kata Johan Giesecke, bekas ketua epidemiologi negara itu dan kini penasihat kepada Badan Kesihatan Sweden, badan kerajaan. “Saya fikir itu bagus.”

    Negara-negara Eropah yang lain telah mengambil tindakan politik yang tidak dipertimbangkan dan bukannya yang ditentukan oleh sains, tegas Giesecke.

    Ia masih tidak jelas berapa lama pengecualian yang dilakukan oleh Sweden akan bertahan.

    Perdana Menteri Stefan Lofven, yang memberi amaran mengenai ‘beberapa minggu yang sukar dan bulan yang akan datang,’ mengumumkan bahawa pada hari Ahad lalu, perhimpunan akan dihadkan kepada 50 orang dan bukannya 500. Kerajaan menyatakan bahawa majlis perkahwinan, pengebumian dan sambutan Easter akan terjejas.

    Namun, untuk mengurangkan penyebaran virus di Jerman dan UK,orang ramai dilarang untuk melakukan perhimpunan kecuali bagi mereka yang tinggal dalam satu bumbung. Pegawai-pegawai di Itali dan Perancis memperkenalkan had-had yang semakin ketat terhadap aktiviti-aktiviti awam dan akhirnya menguatkuasakan denda kerana mereka mengatakan terlalu banyak orang mengabaikan cadangan penjarakkan sosial.

    Buat masa ini, kerajaan Sweden mengekalkan bahawa rakyat boleh dipercayai untuk menjalankan tanggungjawab untuk kebaikan dan akan tinggal di rumah masing-masing jika mereka mengalami apa-apa gejala COVID-19. Ramai penduduk Sweden memang menjaga jarak dari orang lain yang telah disyorkan.

    Victoria Holmgren, 24, memuji kerajaan Sweden menangani krisis kesihatan awam sebagai ‘sangat baik.’

    Akan tetapi sesetengah saintis telah mengkritik pendekatan Badan Kesihatan Awam Sweden sebagai tidak bertanggungjawab semasa pandemik di seluruh dunia yang telah membunuh lebih 21,000 orang di Eropah. Dalam surat terbuka kepada kerajaan, kira-kira 2,000 ahli akademik meminta lebih banyak ketelusan dan lebih banyak alasan untuk strategi pencegahan jangkitannya.

    Sten Linnarsson, seorang profesor di Institut Karolinska, sebuah universiti perubatan terkemuka di Sweden, berkata pusat perhatian terhadap ‘penilaian dan kursus yang telah diambil oleh kerajaan Sweden melalui wabak ini menemui kekurangan jalan yang efektif untuk dasar ini. “

    Linnarsson membandingkan pengendalian virus di Sweden untuk membiarkan kebakaran dapur dengan tujuan memadamnya kemudian.

    “Itu tidak masuk akal dan bahaya, tentu saja, ia membakar seluruh rumah, “katanya.

    Ketua epidemiologi Sweden, Anders Tegnell, berpendapat bahawa walaupun dasar toleransi negara itu adalah sesuatu yang pelik, tetapi mereka lebih mampan dan berkesan dalam melindungi kesihatan orang ramai daripada langkah-langkah ‘drastik’ seperti menutup sekolah selama empat atau lima bulan.

    Sweden, sebuah negara yang memiliki 10 juta orang penduduk, mempunyai sejumlah 3,447 kes virus yang disahkan dan dan 105 kematian pada hari Ahad lalu, menurut satu kenyataan Universiti Johns Hopkins. Walau bagaimanapun, terdapat ujian yang terhad, dengan sejumlah 24,500 ujian dilakukan Rabu lalu, menurut statistik rasmi.

    “Matlamatnya adalah untuk melambatkan jumlah orang baharu yang dijangkiti supaya anggota perubatan kesihatan mendapat peluang yang munasabah untuk menjaga mereka, dan itulah yang kami lakukan di setiap negara di Eropah,” kata Tegnell.

    “Kami hanya perlu memilih cara-cara yang berbeza untuk melakukannya. “

    Susanna Moberg, bekas guru berusia 63 tahun, berkata dia percaya kepada kerajaan dan juga percaya pengalaman Sweden dengan virus itu tidak akan teruk seperti Itali, yang mana paling banyak kematian berkaitan dengan virus di dunia dengan mencatatkan lebih daripada 10,000 orang.

    “Saya tidak begitu bimbang. Saya belum berumur 70 tahun. Anak-anak saya tidak sakit, oleh itu kami akan pergi ke restoran pada hari Ahad, “kata Moberg.

    “Kami berkata, ‘semua orang sihat dan restoran dibuka.’ Jadi kami akan pergi ke sana untuk meraikannya. Kami tidak boleh tinggal di rumah sepanjang hari, sepanjang minggu.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda