Pelakon antarabangsa, Sydney Sweeney sanggup menaikkan berat badannya sebanyak 30 kilogram (kg) semata-mata untuk menjayakan watak legenda peninju dalam filem biografi, Christy.
Jelas Sweeney, dia rela hati makan makanan segera berlebihan untuk menaikkan berat badan demi watak tersebut dan terpaksa mengikuti cara pemakanan yang luar biasa bagi mempersiapkan dirinya.
“Diet saya? Banyak Chick-fil-A, Smucker’s, milkshake dan protein shake,” ujar pelakon yang terkenal dengan filem, Euphoria dalam satu temu bual.
Sweeney berkongsi bahawa dia menjalani regimen latihan yang intensif, latihan tinju dan sesi pemakanan menyeluruh selama tiga bulan berturut turut.
Walaupun dietnya agak ‘ringan’ dengan makanan segera, Sweeney berkata dia rasa lebih kuat dan yakin selepas menyelesaikan transformasi menaikkan berat badan.
“Dapat menyelami watak seorang wanita yang sangat kuat dan gagah perkasa adalah pengalaman yang sangat memberi makna dalam hidup saya,” ujarnya lagi memetik laporan Utusan Malaysia.
Sweeney bukan sahaja berjaya menambah berat badan, tetapi juga memberikan persembahan yang memukau dalam watak Christy Martin, seorang juara dunia tinju yang berjuang melalui pelbagai cabaran dalam dan luar gelanggang. – Agensi


