Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sweet Qismina positif COVID-19

    Pelakon Sweet Qismina mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian swab baru-baru ini.

    Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, 24, berkata dia mula berasa tidak sihat semasa menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak sejak 16 April lalu.

    Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Instagram, pihak pengurusannya memaklumkan Sweet kini sedang di kuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh.

    “Sweet berada di Kuala Kangsar untuk menjalani penggambaran berasa tidak sihat dan mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi masih belum pulih dan sukar bernafas.

    “Sweet membuat ujian swab di sebuah hospital di Taiping dan keputusannya adalah positif.

    Sweet dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dan buat saringan PCR dan keputusan positif.

    “Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk di kuarantin. Sweet tiada sebarang komplikasi cuma hilang deria rasa dan bau,” kata syarikat pengurusannya.

    Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju ini turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang membantunya sepanjang proses menerima rawatan tersebut. – Agensi

    Sweet Qismina mula berasa tidak sihat semasa menjalani penggambaran filem Tariandi pada 16 April lalu. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda