Friday, January 17, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Swiatek bakal bertembung dengan Raducanu

    MELBOURNE, 16 JAN – Iga Swiatek mara ke pusingan ketiga dan akan bertembung Emma Raducanu dalam pusingan ketiga Terbuka Australia hari ini manakala Taylor Fritz pula sedang mengejar gelaran Grand Slam pertama.

    Sementara pada hari kelima acara di Melbourne, juara bertahan lelaki, Jannik Sinner dan naib juara tahun lalu, Daniil Medvedev akan beraksi.

    Medvedev berusaha untuk mengelak menjadi pemain ketiga 10 teratas yang disingkirkan oleh pemain remaja apabila dia menentang Learner Tien, 19, dari Amerika Syarikat (AS).

    Seorang lagi bintang yang sedang meningkat naik, Joao Fonseca, 18, berdepan pemain tanpa pilihan dari Itali, Lorenzo Sonego.

    Pilihan kedua wanita, Swiatek berjaya menewaskan pemain nombor 49 dunia, Rebecca Sramkova, 6-0, 6-2 manakala Raducanu dari Britain mara ke pusingan ketiga buat kali pertama di Melbourne dengan menewaskan Amanda Anisimova 6-3, 7-5.

    “Saya berasa sangat hebat hari ini dan ia adalah permainan yang amat efisien,” kata Swiatek dari Poland.

    Kemenangannya menetapkan pertembungan berprofil tinggi menentang pemenang Terbuka AS 2021 itu untuk menempa tempat ke peringkat 16 terakhir.

    Raducanu, yang berusaha menaiki ranking selepas mengalami kecederaan pada 2024, berkata dia sabar-sabar menyahut cabaran bermain menentang juara Grand Slam lima kali itu.

    “Ia akan menjadi perlawanan yang amat baik untuk saya. Ia adalah peluang untuk menguji permainan, melihat di mana tahap kedudukan saya,” katanya. – AFP

    Swiatek mengembalikan bola kepada Sramkova semasa perlawanan pusingan kedua di Melbourne, Australia pada 16 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda